Thursday, February 10, 2011

Perodua & Perodua - Kerjasama Bidang Alat Ganti

KUALA LUMPUR - Walaupun cadangan penggabungan antara dua syarikat pengeluar automotif nasional - Proton Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) - tidak dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan untuk tidak memaksa kedua-duanya bergabung, kedua-dua syarikat itu
masih boleh menjalin usahasama di dalam bidang yang lain.

Salah satu bidang itu ialah kerjasama yang telah mereka jalin di dalam pengeluaran alat-alat ganti dengan menggunakan vendor alat ganti yang sama.

Kini, Perodua dan Proton berkongsi menggunakan khidmat 91 vendor. Malah sekarang ini, Perodua mengeluarkan kepala silinder Campro bagi Proton.

Para penganalisis industri kereta mempercayai bahawa kedua-dua syarikat itu boleh bekerjasama di dalam sokongan logistik seperti pengangkutan kereta baru atau mewujudkan cawangan yang boleh menjual kedua-dua jenama nasional itu. - Bernama

http://www.belangjuara.blogspot.com/