Tuesday, March 8, 2011

Proton R3 Satria Neo Baru



KUALA LUMPUR - Sukan permotoran merupakan antara strategi utama yang bakal diberi tumpuan bagi meningkatkan jenama Proton, kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
“Sukan permotoran merupakan platform yang membolehkan pembuat kereta itu mempromosikan jenama dan meningkatkan kesedaran dalam pasaran baru dan berpotensi selain menjadi tempat ujian yang bermakna,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bagi mengumumkan harga baru Proton R3 Satria Neo di sini semalam.
Menurutnya, model Proton R3 Satria Neo itu dibangunkan untuk keseronokan memandu yang dinamik dan ia dijual pada harga RM79,797 atas jalan termasuk, cukai jalan dan insurans.
R3 Satria Neo dibangunkan oleh Bahagian Permotoran Sukan Proton menerusi jenama Race, Rally, Research (R3) dan kereta itu itu mudah dikenali berdasarkan warna merah menyala di bahagian luar dan bumbung hitam.

R3 Satria Neo merupakan lanjutan kepada pembabitan Proton dalam perlumbaan motor dan melaluinya ia dijangka dapat memenuhi permintaan pelanggan dan peminat yang mahukan kenderaan yang dibangunkan khusus untuk prestasi selain kegunaan harian.

Friday, March 4, 2011

PROTON 2.88% interest?

Register a new Exora or Inspira for a Special Interest Rate from as low as 2.88%.

Starts from 25-Feb-2011 To 31-Mar-2011.

http://www.belangjuara.blogspot.com/

Kerjasama Proton-Nissan

PROTON Holdings Bhd berkata, pakatannya dengan Nissan Motor Company Ltd, akan mempercepatkan lagi pelancaran kereta generasi barunya yang bakal memenuhi segmen pasaran lebih meluas serta pelbagai, tempatan dan juga antarabangsa.

Menjelaskan mengenai perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai pengeluar kereta nasional itu dengan syarikat automotif ketiga terbesar dunia berkenaan kelmarin, Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata berdasarkan kajian daya maju selama tiga bulan yang akan dilaksanakan susulan MoU itu, kenderaan generasi akan datang PROTON menerapkan teknologi terpilih dan kepakaran pembuatan Nissan.

"Kajian yang dipersetujui itu akan menumpukan hanya kepada perkongsian teknologi dan dalam meningkatkan daya saing global, strategi berkongsi teknologi kini menjadi sangat penting, dan adalah proses penjimatan kos bagi semua pengeluar kereta dunia.

“Ia akan mengurangkan kos dan masa bagi pembangunan produk baru serta menyediakan fleksibiliti dari segi pengeluaran pelbagai model menggunakan set komponen yang sama,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Syed Zainal menambah, kejayaan perkongsian antara pengeluar kenderaan, bukan saja hasil daripada pertukaran teknologi, kepakaran dan pengetahuan, tetapi juga dengan memanfaatkan perkongsian penggunaan kemudahan pengeluaran, pembekalan serta rangkaian pengedaran dan penjualan.

“(Menerusi langkah itu) ia akan mempercepatkan pelancaran kenderaan dan model generasi akan datang PROTON,” katanya.
Mengulas mengenai MOU PROTON-Nissan berkenaan, Penganalisis di Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB), Wong Chew Hann berkata, ia berpotensi mewujudkan pakatan dalam pengeluaran kereta PROTON bagi pasaran kategori kenderaan kompak dan model bagi menggantikan Perdana.

“Rancangan dilihat menjurus kepada pembabitan Nissan dalam membantu PROTON membangunkan model kereta kompak yang memenuhi pasaran global, iaitu Emas (kategori kenderaan segmen A) yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir 2012 atau awal 2013.

“Selain segmen A, desas-desus juga wujud mengaitkan Nissan Fuga akan digunakan sebagai pengganti model Perdana,” katanya.

Sementara itu, OSK Investment dalam nota kajiannya turut menyatakan keyakinan bahawa dengan menggunakan platfrom model Nissan yang pelbagai untuk pembangunan model baru PROTON seperti Emas, ia akan mengurangkan perbelanjaan modal pengeluar kereta nasional itu sekitar sekitar AS$150 juta hingga AS$200 juta,” katanya.

Saham Proton naik 0.56 peratus kerana kerjasama dengan Nissan

KUALA LUMPUR: Saham Proton Holdings Bhd meningkat, selepas turun 12.5 peratus selama dua hari, selepas syarikat itu menandatangani memorandum persefahaman dengan Nissan Motor Co Ltd bagi mengkaji potensi bidang kerjasama.

Sehingga jam 10.14 pagi, saham Proton meningkat 0.56 peratus atau 2.0 sen kepada RM3.60.
Kerjasama itu termasuk potensi penggunaan platform dan barisan pemasangan Nissan.

HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif Proton mengembangkan segmen pasaran semasanya, dengan mensasarkan kebanyakannya segmen B dan C, yang merupakan kereta Proton Savvy 1.2 liter hingga Proton Perdana dan Proton Inspira 2.0 liter.

"Kami percaya kerjasama dengan Nissan boleh membawa maksud satu lagi "Inspira" seperti model yang ditukar nama bagi diperkenalkan di dalam tempoh jangka sederhana," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

HwangDBS berkata, langkah itu boleh diterima akal bagi membolehkan Proton mengembangkan segmen pasarannya dan melancarkan model baharu dengan perbelanjaan modal dan kemungkinan tempoh pembangunan lebih rendah, jika dilihat kebanyakan fokus dan pembiayaannya ditumpukan kepada pelan penstrukturan lima tahun Lotus Group. - BERNAMA